Popular Posts

06 December 2010

TIP MENOLAK GANGGUAN DALAM SOLAT

TOLAK SEBAB YANG DATANG DARI LUAR


     Sebab2 yang datang dari luar ialah yang datang melalui pendengaran dan penglihatan kita. Jauhilah daripada bunyi2, lukisan atau suara2 yang boleh mengacau tumpuan HATI dan fikiran. Perlu diingat bahawa mata dan telinga boleh mempengaruhi HATI. Caranya ialah dengan fokus mata hanya ke tempat sujud, cahaya dikurangkan, jangan ada gambar, ukiran dan warna-warni pada sejadah.

TOLAK SEBAB YANG DATANG DARI DALAM


     Paksa diri ikut makna bacaan satu persatu. Bertenang sebentar sebelum takbir pertama (mmpebharui ingatn kpd Allah dn hari Akhirat ). Buang punca2 yg boleh mengganggu ingtn dgn cara mngunci pintu rumah, ttup api dapur, silentkn hndphne dn laen2.

TIP UNTUK KHUSYUK DALAM SOLAT

1- Sedar bukan sekadar tahu kita sedang berdepan dengan ALLAH s.w.t .
2- Fahami makna bacaan Al-Quran.
3- Fahami makna zikir dan selawat.
4- Memanjangkan masa untuk rukuk dan sujud.
5- Tidak 'bermain-main' dengan anggota badan ataupun meliarkan mata.
6- Memandang ke tempat sujud.
7- Jauhkan diri daripada perkara / alat / suasana yang boleh mengusik / menarik perhatian.

03 December 2010

REALITI SOLAT REMAJA KITA

     Realiti pada hari ini, usaha mengajak remaja untuk SOLAT sangatlah susah. Apatah lagi mengajak remaja untuk merasai KEMANISAN SOLAT, bertambah-tambah susah.
     KENAPA ?? Ramai yang tidak prnah dilatih SOLAT sejak kecil. SOLAT hanya di hadapan ibubapa, namun ponteng di belakang mereka. Inilah yang dinamakan HIPOKRIT !. Ramai yang tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu KENAPA mereka perlu SOLAT. Apatah lagi untuk merasai KEPENTINGAN SOLAT dalam kehidupannya.
     Bagaiman cara mengatasinya ???
     Ini adalah masalah cabang. Ia bercabang daripada pincangnya perkara usul. Maka, ia perlu diselesaikan dengan mnyelesaikan perkara usuk terlebih dahulu. Masalah cabang tidak akan selesai tanpa selesainya masalah usul. Apa yang dikatakan masalah usul ini adalah IMAN kepada ALLAH S.W.T.


APA KAITAN IMAN DAN SOLAT ?

     IMAN memandu manusia yang meliputi seluruh aspek kehidupan sama ada zahir dan batin, luar dan dalam seperti biskan jiwa, cetusan hati, keinginan roh, kecenderungan fitrah, gerakan jasmani dan semua perbuatan sama ada semasa bersendirian mahupun di depan orang ramai  dengan mengikut kehendak ALLAH S.W.T.
     Mendirikan SOLAT ialah kepatuhan kita kepada ALLAH yang merupakan kesan daripada IMAN. Apabila IMAN menghiasi diri seseorang, maka IMAN akan menjelmakan kesannya dalam bentuk perbuatan dengan mengharapkan keredhaan ALLAH  s.w.t semata-mata bukan manusia atau sesiapa.

KUASA IMAN

     IMAN yang benar tidak akan sesekali tertipu dengan HAWA NAFSU dan SYAHWAT yang sering bermaharaja lela di hati manusia supaya melakukan KEMUNGKARAN dan KEMAKSIATAN kepada ALLAH S.W.T. Malah, IMAN itu sendiri yang akan memandu NAFSU dan SYAHWAT seseorang untuk mengikut ajaran RASULULLAH s.a.w yang dikehendaki ALLAH s.w.t.
     HATI yang yakin dan bersaksi dengan hakikat IMAN yang dikehendaki ALLAH s.w.t akan menjadi 'peguam' yang berhujah dalam kehidupan seseorang terhadap segala tindakannya. Malah, IMAN itu mencorakkan kehidupan sebenar UMAT ISLAM dan mengikis kehidupan JAHILIAH. IMAN itu juga akan meletakkan seseorang di atas" siratal mustaqim " yang mengamalkan perintah ALLAH s.w.t dan menjauhi larangan-NYA.
     Wahai remaja, jika kita seorang remaja yang BERIMAN, ajaklah sahabat-sahabat di sekeliling kita untuk BERIMAN. Ingatkan mereka hakikat dan tujuan penciptaan, kehidupan dan hari kemudian.Hidupkan IMAN-IMAN mereka. Gunakan segala hikmah dan cara unutk memenangi HATI mereka bagi melawan racun segala racun hati iaitu HAWA NAFSU yang sedang membiak dan bersarang di dalam HATI mereka.
     Hidayah yang ALLAH s.w.t berikan kepada diri kita itu adalah satu amanah untuk disampaikan. Amanah yang besar itu pernah ditolak oleh langit, bumi dan gunung-ganang namun kita telah menyanggupinya.Oleh itu, sedar dan insaflah, kita perlu bersungguh-sungguh dan berkorban mengajak insan lain mengenal Penciptanya dan mengenal hakikat IMAN pada-NYA. Bimbinglah mereka agar  SOLAT. Ingatkan mereka tentang SOLAT. Kaitkan SOLAT dengan persoalan IMAN seperti hari kiamat. Usaha tanpa doa tiada makna.
     ALLAH berfirman yang bermaksud :
     " Maka datanglah sesudah mereka pengganti (yang jelek) yang mensia-siakan SOLAT dan menuruti HAWA NAFSUnya, maka mereka kelak akan menemui kesesatan kecuali orang yang bertaubat, beriman dan beramal soleh. " (Surah Maryam : 59 -60)
     " Maka CELAKA orang-orang yang solat iaitu mereka yang lalai dari solatnya."(Surah Al-Ma'un : 4-5)