Popular Posts

30 November 2010

Solat Anugerah Pengampunan Tuhan

     Bagi sebahagian kaum Muslimin, menunaikan solat 5 waktu mungkin hanya perkara biasa. Malah ia dianggap oleh sebahagian lain sebagai satu perkara rutin harian yang dilakukan tanpa ada impak yang ketara dalam kehidupan mereka. Apatah lagi jika dilihat kedudukan solat di sisi orang yang sesekali melakukannya atau jarang-jarang menunaikannya.


Firman Allah S.W.T :
" Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar " (Surah Al-'Ankabut ayat 45 }
Itulah solat yang benar2 menjadi pelindung kepada orang yang melakukannya dengan sempurna syarat, rukun dan penghayatan.

IBARAT MANDI 5 KALI SEHARI

     Imam Al-Nawawi memuatkan beberapa Hadith yang menunjukkan kepada kita kelebihan dan ganjaran solat 5 waktu.Hadith pertama diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim melalui sahabat Nabi s.a.w iaitu Abu Hurairah.
     Hadith ini menceritakan pada suatu hari Rasullah berbual2 dengan para sahabat lalu bertanya kepada mereka :
" Apa pandangan kamu semua jika ada sebatang sungai di depan pintu rumah salah seorang daripada kamu dan dia mandi di sungai itu lima kali setiap hari ? Adakah masih terdapat kotoran pada dirinya ? " Maka para sahabat sudah tentu menjawab : " tidak ada lagi kotoran pada dirinya " Lalu Rasullah bersambung : " Begitulah perumpamaan solat 5 waktu. Allah S.W.T menhapuskan dosa2 dengannya "
     Haidith seterusnya diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, melalui seorang sahabat bernama Abdullah bin Mas'ud. Beliau menceritakan :
" Pada suatu hari datang seorang lelaki bertemu Rasullah dan mengakui tentang 1 dosa yang telah beliau lakukan. Dosa itu ialah beliau telah terlanjur bermesra dengan seorang wanita namun tidaklah sampai melakukan zina. Lelaki yang menyesal dan ingin bertaubat ini datang bertanyakan Rasulullah s.a.w dan berharap agar beliau dapat menebus kembali dosa yang dilakukannya itu. Maka ketika itu juga turunnya wahyu dari Allah s.w.t ayat 114, surah Hud yang bermaksud :
 " Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang(pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan yang baik itu menghapuskan perbuatan2 dosa. "
Maka difahami betapa pentingnya solat sebagai penghapus dosa.
     Lalu lelaki itu bertanya kepaa Rasulullah s.a.w." Adakah perkara ini khusus untuk
diriku ?" Rasulullah menjawab : " Ia untuk seluruh umatku."

PENGAMPUNAN DOSA

Dari Abu Hurairah, sanda Rasulullah : " Solat 5 waktu dan solat Jumaat hingga solat Jumaat selepasnya merupakan pengampunan dosa  di antaranya selama tidak dilakukan dosa besar. "

     Hadith ini memberi maksud yang mengukuhkan lagi maksud hadith sebelumnya iaitu solat 5 waktu yang didirikan dengan baik lagi sempurna akan menghapuskan dosa. Apatah lagi dosa yang dilakukan di antara dua soalat. Hadith terakhir yang disebutkan oleh Imam Al-Nawawi diriwayatkan oleh Imam Muslim.

Dari Uthman bin Affan, sabda Rasulullah : " Tiada seorang Muslim pun yang bertemu dengan waktu solat fardhu, lalu dia mengelokkan wuduknya, khusyuk dalam solat, menjaga rukuknya(syarat dan rukun solat), melainkan solat itu akan menjadi penghapus dosa sepanjang hayatnya selagi dijauhi dosa besar."

     Begitulah kita dapati Rasulullah s.a.w Mengkhususkan ganjaran sebegini dengan menghuraikan syarat2nya-menyempurnakan rukun dan syarat solat serta meyempurnakan khusyuk dalam solat. Semoga kita menghayati kata-kata nabi dan dapat diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Semoga kite juga diberi pengampunan oleh Allah s.w.t sebagaimana dijanjikan oleh Rasulullah s.a.w bagi orang yang menunaikan solat 5 waktu dengan sempurna, INSYAALLAH TA'ALA !    

INGIN BERUBAH KEPADA LEBIH BAIK ??

Berkata Imam Al-Ghazali :

" Jika ingin membaiki dunia, kita perlu membaiki manusia, dan untuk membaiki manusia, kite perlu baiki hatinya, untuk membaiki hati, kita mesti mula dengan memperbaiki SOLAT."